CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2009

Pasukan-pasukan LM X11 lengkap jadual pemindahan !!

Shoubra , Kaherah : LIGA Malaysia X11 bakal bermula esok. Kesemua 28 pasukan dari LS dan LP telah melengkapkan jadual pemindahan dengan membeli pemain-pemain dari seluruh Liga di xperteleven.com



klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Rata-rata pasukan telah mengambil pemain junior mereka untuk diserapkan ke pasukan utama. Hal ini amat digalakkan kerana pemain muda bakal memberikan saingan kepada pemain-pemain senior.

Terbaru Valera Bãban (Kelantan) telah dibawa masuk dengan harga 520 800 econ* dan Roger Downey (Sabah) dari skuad junior awal pagi ini. Namun begitu, 5 pemain baru telah sah dibawa masuk oleh pasukan di LM X11 semalam.

Statistik pemindahan kali ini menunjukkan bahawa seramai 27 pemain telah melengkapkan jadual pemindahan dengan purata 5 pemain setiap hari semenjak 25/03/2009. Pemain junior telah mendominasi pemindahan iaitu seramai 15 pemain yang dibawa masuk setiap hari.

Persaingan merebut Piala LM X11 kali ini amat menarik. Semua pasukan sudah bersedia dengan pemain-pemain baru dan lama untuk saingan kali ini -krew LM X11

*econ adalah mata wang yang digunakan dalam xperteleven.com

0 ulasan: