CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 27, 2009

Perlawanan Liga ke 8

Liga Super : Hajat Pahang tak kesampaian

Impian Pahang untuk menjadi pendahulu liga pada pusingan ke 8 Liga Super tidak kesampaian setelah diikat Felda United FC 3-3 di Stadium Bola Sepak Cheras KL. Walaupun lebih banyak menguasai permainan dan menghasilkan banyak peluang, namun Pahang gagal mencatatkan kemenangan.

Turun sebagai pasukan pelawat, Pahang terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah seawal minit ke 5 menerusi jaringan Amer Bukhari. Tersentak dengan kejutan awal itu, Felda United FC menggandakan asakan ke kubu Pahang dan tiga minit kemudian, Johari Bahri menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan ke penjuru kanan pintu gol Pahang.

Pada minit ke 18 pula, giliran ketua pasukan Pahang, Megat Dahari menjaringkan gol hasil kesilapan perangkap ofsaid pertahanan lawan. Beliau sekali lagi berjaya memperdaya penjaga gol Felda United FC pada minit ke 30 dan menjarakkan kedudukan kepada 3-1.

Belum puas meraikan gol ke 3, Pahang tersentak apabila pertahanan Zulkifli Masulok tertanduk bola ke gawang sendiri dan kedudukan berubah 3-2.

Ketika permainan dilihat bakal menyebelahi Pahang, Syed Adney Ravinthiran muncul wira Felda United FC dengan jaringan penyamaan pada minit ke 88. Beliau menerima hantaran silang yang cantik daripada Mat Aris Zuriman dan tidak mensia-siakan peluang keemasan itu.

Kedudukan kekal 3-3 hingga ke wisel penamat dan Pahang gagal untuk memintas Johor MBJB di tangga pertama. Johor MBJB pula terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga setelah menumpaskan Johor 2-1.


Liga Perdana : Proton FC terus mengekori

Proton FC yang kini berada di tangga ke 2 Liga Perdana terus mengasak dan mengekori pendahulu, Perlis setelah berjaya menumpaskan Johor FC 1-0 di Stadium JCorp Pasir Gudang.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan menerusi rembatan jauh Geomar Sussi pada minit ke 9. Perlawanan agak tegang berikutan kedua-dua pasukan mengharapkan kemenangan untuk mengisi slot 5 pasukan yang akan naik ke Liga Super musim depan. Namun begitu, pengadil berpengalaman Sten Koll mengawal permainan dengan baik dan hanya melayangkan satu kad kuning kepada pemain Johor FC, Saidin Kassim.

Ketika pengurus Johor FC ditemui wartawan LM X11, beliau menyatakan rasa kesal di atas kegagalan pemainnya menggunakan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah. "Saya sudah mengenalpasti beberapa kesilapan pasukan ini dan akan mengambil tindakan segera agar kekalahan seperti ini tidak berulang. Masih ada peluang buat Johor FC bangkit selepas ini andai semua pihak memainkan peranan membangunkan skuad ini."

Manakala Raeis_02, pengurus Proton FC pula menyifatkan kemenangan pasukannya itu adalah hasil titik peluh pemainnya yang bermain melebihi tahap kemampuan sebenar. -krew x11

Sunday, April 26, 2009

Perlawanan Liga ke 7

Liga Super : Johor MBJB rampas takhta

Johor MBJB berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super setelah menumpaskan Pulau Pinang 1-0 di Stadium Batu Kawan, Rabu lalu.

Beraksi di hadapan kira-kira 5000 penonton, aksi separuh masa pertama tidak memperlihatkan ketajaman penyudah jentera serangan kedua-dua pasukan apabila tiada percubaan berbahaya tepat ke arah pintu gol lawan berjaya dihasilkan.

Johor MBJB terpaksa mengeluarkan Azhar Ariff pada minit ke 46 selepas pemain itu mengalami kecederaan dan memaksa pengurus, Akmalaisy memasukkan Zambri Baharin. Kemasukan Zambri berjaya mengubah tempo permainan kepada lebih pantas dan beliau lebih banyak melorongkan bola kepada Savo Balajic.

Savo Balajic muncul wira Johor MBJB setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan menerusi tandukan cantik. Balajic menerima umpanan daripada Luiz Cordoba yang bermain di posisi sayap kanan dan melihat kepada situasinya yang tidak dikawal pada masa itu, Balajic mudah menanduk melepasi jangkauan penjaga gol Pulau Pinang, Jae-Gyeom Ahn.

Kemenangan tersebut meletakkan Johor MBJB di tangga teratas liga dan meneruskan rekod cemerlang menang 5 perlawanan berturut-turut. Manakala pendahulu liga sebelum ini, UPB MyTeam terhumban ke tangga ke 5 setelah tumpas 4-2 kepada Pahang.


Liga Perdana : Perlis terus mengganas

Perlis semakin selesa berada di puncak Liga Perdana setelah membelasah Perak 5-1 di gelanggang sendiri. Kemenangan itu menjarakkan perbezaan mata Perlis dengan pasukan di tangga ke 2, Proton FC dengan perbezaan 4 mata.

Aksi suram pada separuh masa pertama memaksa pengurus Perlis, Naim7 melakukan perubahan taktikal dan berjaya membuahkan hasil apabila skuadnya berpesta jaringan pada separuh masa ke 2.

Divino Lima memulakan pesta jaringan Perlis pada minit ke 55 diikuti jaringan Anselmo Guara seminit selepas itu. Tidak cukup sekadar 2 gol, Flavio Siempre pula menambah jaringan Perlis menerusi rembatan volley yang menarik. Dua minit selepas itu, Anselmo Guara berjaya melepasi perangkap ofsaid dan mudah menewaskan penjaga gol Perak untuk jaringan ke 4. Juliano Braga melengkapkan malam gemilang skuad Singa Utara dengan jaringan pada minit ke 92.

Gol saguhati Perak dijaringkan oleh Alias Kumar pada minit ke 81. -krew x11

Monday, April 13, 2009

PERHATIAN

Perhatian kepada semua warga LM X11. Kerja-kerja pengeluaran berita terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana warga kerja serta juga ahli-ahli LM X11 bakal menghadapi peperiksaan akhir pada 19/4/09 ini. Penangguhan ini mungkin berlarutan sehingga minggu kedua bulan 5. Harap seluruh warga LM X11 jelas akan perkara ini. Apapun LM x11 tetap berjalan macam biasa..


Akhir kalam dari Pihak Pengurusan LM X11, selamat menghadapi peperiksaan dan selamat bersetting. -krew LM X11

Sunday, April 5, 2009

LIGA SUPER : Felda UTD "kenyang" meratah Johor

ZIKRIKHAIR memuji persembahan luar biasa anak buahnya selepas garang meratah skuad selatan, Johor 5-1. Prestasi pemain Felda amat memberansangkan selepas mudah menjinakkan Johor di laman sendiri. Keyakinan yang diterpamer di riak wajah pemain membuktikan skuad berstatus kelab itu mampu memberikan saingan.

Gol-gol Felda UTD dijaringkan oleh Jaidi Phatipatanawong (12), Haziq Junior (42). Kemarahan skuad Felda tidak terhenti apabila menambah tiga biji gol pada separuh masa kedua menerusi Harith Baharin (60, 64), dan Haziq Junior (70). Pelawat sempat menjaringkan gol saguhati pada minit ke-88 menerusi Hussain Hawaz. Pelawat cuba menggandakan asakan pada minit-minit terakhir perlawanan, tetapi ternyata pertahanan Felda UTD amat sukar ditembusi.

Di Bung Karno, Kedah bangkit menebus kekalahan minggu lepas apabila menang di laman sendiri menundukkan Pahang 2-1. Perlawanan yang dramatik itu menyaksikan Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan. Namun Pahang yang dikemudi oleh Jurulatih berbakat, juga pengurus liga tidak dapat mengekalkan rentak permainan apabila Fadhlulah Hasyim melepaskan tembakan di luar kotak penalti untuk mengesahkan kemenangan Kedah.

Walaupun sering di asak oleh skuad Tok gajah, Kedah tetap dapat mengawal permainan dengan bijak. Gol-gol dihasilkan oleh Ong Hao Kembar (10) dan Fadhulullah Hasyim (44). Gol saguhati Pahang pula dijaringkan oleh Megat Dahari pada minit ke-37. -krew LM X11