CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 2, 2009

LIGA PERDANA : Negeri Sembilan garang di laman sendiri

Seremban : Negeri Sembilan tampak sukar dikalahkan apabila menang mudah menentang Sarawak di Nou Camp Stadium malam tadi dengan jaringan 4 tanpa balas. Kehebatan skuad negeri mula terpamer seawal minit ke-12 apabila pemain tengahnya, Azi Mahadi memecahkan kebuntuan hasil umpanan Badrul Faziri melalui corak serangan pantas. Keyakinan pemain amat jelas sekali selepas pemain gantian Fahmi Desa menjaringkan gol kedua skuad negeri pada minit ke-35. Negeri Sembilan menambah lagi dua gol di separuh masa kedua menerusi Khairi Ganesh dan Badrul Faziri.

Di Cheras, Kuala Lumpur
tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila tampil garang dengan membenam Harimau Muda 4-1 melalui jaringan Hae Chan Dang, Sin-Hwi Yuk, Jin-Soo Kung dan Myong Heo. Harimau Muda cuba menggandakan asakan tetapi hanya mampu memperoleh satu gol sagu hati melalui cubaan jauh, Nurhan Meydan. -krew LM x11


0 ulasan: