membelasah skuad Sarawak 4-1 sekaligus merampas kedudukan liga Perdana dengan mengumpul 6 mata.
Skuad pelawat terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan menjaringkan gol pembukaan seawal minit ke-10. Namun begitu kegembiraan skuad pelawat nyata seketika sahaja apabila Perak memecahkan kebuntuan melalui pemain berbakat, Faisal Khamis.
Derita Sarawak berterusan apabila Perak menambah tiga gol lagi pada separuh masa kedua sekaligus melengkapkan kemenangan pada tengahari tadi. Gol-gol perak dijaringkan oleh Alias Kumar (52,89), Rozainol Jamil (61).
Sunday, April 5, 2009
LIGA PERDANA : Perak rampas tahkta
Friday, April 3, 2009
LM X11 tempat ketiga
LIGA MALAYSIA X11 menduduki tempat ketiga senarai pengguna liga dari Malaysia di xperteleven daripada beratus-ratus pengguna liga dari Malaysia. Perkara ini amat membanggakan pihak pengurusan LM X11 sekaligus menunjukkan kualiti LM X11 sangat tinggi.
Malaysian Expert League mengunguli senarai carta dengan kutipan mata 1305 mata sekaligus menduduki tangga 154 dunia diikuti oleh Liga Cari Xpert11 dengan mata 1292 dan menduduki tempat ke 182 dunia. Manakala LM X11 pula mengumpul 1286 dan menduduki tangga ke 197 dunia.
Pihak pengurusan LM X11 amat berbangga akan peningkatan ini kerana LM X11 baru sahaja bermula dan bertapak di experteleven.com . Keaktifan semua jurulatih di LM X11 telah membantu LM X11 mengumpul mata. Tambahan pula LM X11 mempunyai blog rasmi sebagaimana liga-liga utama di xperteleven.com
Ketika ditanya adakah LM X11 akan menambah jumlah penyertaan, pengurus liga hanya menjawab ianya bergantung kepada penyertaan kelak. -krew LM X11
Thursday, April 2, 2009
LIGA SUPER : ATM pamer aksi cemerlang
Padang Tembak : Jurulatih ATM puas apabila anak buahnya meraikan kemengan pertama pada perlawanan pembukaan Liga Super di laman sendiri menentang Kedah 3-0 sekaligus mendahului takhta.
Jaringan ATM disempurnakan oleh Zuraindi Bakar (2 gol) dan Yahya Ezrain. -krew LM X11
LIGA PERDANA : Negeri Sembilan garang di laman sendiri
Seremban : Negeri Sembilan tampak sukar dikalahkan apabila menang mudah menentang Sarawak di Nou Camp Stadium malam tadi dengan jaringan 4 tanpa balas. Kehebatan skuad negeri mula terpamer seawal minit ke-12 apabila pemain tengahnya, Azi Mahadi memecahkan kebuntuan hasil umpanan Badrul Faziri melalui corak serangan pantas. Keyakinan pemain amat jelas sekali selepas pemain gantian Fahmi Desa menjaringkan gol kedua skuad negeri pada minit ke-35. Negeri Sembilan menambah lagi dua gol di separuh masa kedua menerusi Khairi Ganesh dan Badrul Faziri.
Di Cheras, Kuala Lumpur tidak menghampakan peminat-peminatnya apabila tampil garang dengan membenam Harimau Muda 4-1 melalui jaringan Hae Chan Dang, Sin-Hwi Yuk, Jin-Soo Kung dan Myong Heo. Harimau Muda cuba menggandakan asakan tetapi hanya mampu memperoleh satu gol sagu hati melalui cubaan jauh, Nurhan Meydan. -krew LM x11



