CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, April 26, 2009

Perlawanan Liga ke 7

Liga Super : Johor MBJB rampas takhta

Johor MBJB berjaya merampas kedudukan selaku pendahulu Liga Super setelah menumpaskan Pulau Pinang 1-0 di Stadium Batu Kawan, Rabu lalu.

Beraksi di hadapan kira-kira 5000 penonton, aksi separuh masa pertama tidak memperlihatkan ketajaman penyudah jentera serangan kedua-dua pasukan apabila tiada percubaan berbahaya tepat ke arah pintu gol lawan berjaya dihasilkan.

Johor MBJB terpaksa mengeluarkan Azhar Ariff pada minit ke 46 selepas pemain itu mengalami kecederaan dan memaksa pengurus, Akmalaisy memasukkan Zambri Baharin. Kemasukan Zambri berjaya mengubah tempo permainan kepada lebih pantas dan beliau lebih banyak melorongkan bola kepada Savo Balajic.

Savo Balajic muncul wira Johor MBJB setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan menerusi tandukan cantik. Balajic menerima umpanan daripada Luiz Cordoba yang bermain di posisi sayap kanan dan melihat kepada situasinya yang tidak dikawal pada masa itu, Balajic mudah menanduk melepasi jangkauan penjaga gol Pulau Pinang, Jae-Gyeom Ahn.

Kemenangan tersebut meletakkan Johor MBJB di tangga teratas liga dan meneruskan rekod cemerlang menang 5 perlawanan berturut-turut. Manakala pendahulu liga sebelum ini, UPB MyTeam terhumban ke tangga ke 5 setelah tumpas 4-2 kepada Pahang.


Liga Perdana : Perlis terus mengganas

Perlis semakin selesa berada di puncak Liga Perdana setelah membelasah Perak 5-1 di gelanggang sendiri. Kemenangan itu menjarakkan perbezaan mata Perlis dengan pasukan di tangga ke 2, Proton FC dengan perbezaan 4 mata.

Aksi suram pada separuh masa pertama memaksa pengurus Perlis, Naim7 melakukan perubahan taktikal dan berjaya membuahkan hasil apabila skuadnya berpesta jaringan pada separuh masa ke 2.

Divino Lima memulakan pesta jaringan Perlis pada minit ke 55 diikuti jaringan Anselmo Guara seminit selepas itu. Tidak cukup sekadar 2 gol, Flavio Siempre pula menambah jaringan Perlis menerusi rembatan volley yang menarik. Dua minit selepas itu, Anselmo Guara berjaya melepasi perangkap ofsaid dan mudah menewaskan penjaga gol Perak untuk jaringan ke 4. Juliano Braga melengkapkan malam gemilang skuad Singa Utara dengan jaringan pada minit ke 92.

Gol saguhati Perak dijaringkan oleh Alias Kumar pada minit ke 81. -krew x11

0 ulasan: